Daerah Alor Gajah yang mengandungi tiga (3) buah bandar dan 16 buah pekan-pekan kecil. Keluasan daerah Alor Gajah adalah seluas 66,302 hektar yang merangkumi 31 buah mukim. Kampung Pulau Semut terletak di dalam Mukim Sungei Baru Ulu. Kampung Pulau Semut terletak di dalam DUN Lendu dan di bawah Parlimen Masjid Tanah. 

 

 

Bandar dan Pekan di Daerah Alor Gajah

Bandar

Pekan

Alor Gajah

Kuala Sungai Baru

Pulau Sebang

Lubuk China

Masjid Tanah

Durian Tunggal

 

Rembia

 

31 Mukim di daerah Alor Gajah

Mukim

  1. Mukim Ayer Pa'abas

11. Mukim Lendu

21. Mukim Ramuan China Kecil

  1. Mukim Belimbing

12. Mukim Machap

22. Mukim Rembia

  1. Mukim Beringin

13. Mukim Masjid Tanah

23. Mukim Sg. Baru Hilir

  1. Mukim Brisu

14. Mukim Melaka Pindah

24. Mukim Sg. Baru Tengah

  1. Mukim Durian Tunggal

15. Mukim Melekek

25. Mukim Sg. Baru Ulu

  1. Mukim Gadek

16. Mukim Padang Sebang

26. Mukim Sg. Buloh

  1. Mukim Kelemak

17. Mukim Parit Melana

27. Mukim Sg. Petai

  1. Mukim Kemuning

18. Mukim Pegoh

28. Mukim Sg. Siput

  1. Mukim Kuala Linggi

19. Mukim Pulau Sebang

29. Mukim Taboh Naning

  1. Mukim Kuala Sg. Baru

20. Mukim Ramuan China Besar

30. Mukim Tg. Rimau

31. Mukim Tebong

 

 

Profil Kampung

Populasi Penduduk Kampung Pulau Semut

Bilangan Penduduk

1572 orang

Bil Keluarga

255 buah

Pecahan Jantina

Lelaki : 724 orang

Perempuan : 848 orang

Pecahan Umur

60 Tahun ke atas

Lelaki : 95orang

Wanita : 163 orang

40 – 59 Tahun

Lelaki : 191 orang

Wanita : 101 orang

18 – 39 Tahun

Lelaki : 143 orang

Wanita : 116 orang

12 Tahun ke atas

Lelaki : 80 orang

Wanita : 76 orang

12 Tahun ke bawah

Lelaki : 129

 

Wanita : 131

Kanak- Kanak

Lelaki : 40 orang  Perempuan : 65 orang

 

 

Sejarah Awal Masjid Tanah

 

Masjid Daripada Tanah Liat

Sejarah Awal Nama Masjid Tanah

Masjid Tanah mendapat nama sempena sebuah masjid yang terletak di tengah-tengah pekan yang dibina daripada tanah di tepian sungai. Lokasinya terletak di dalam Pekan Masjid Tanah. Masjid ini dibina pada tahun 1800an oleh seorang Sheikh yang berasal dari Gujerat. Namun Hj. Sulong bin Sibeng merupakan orang tempatan yang turut bekerja keras dalam pembinaannya. Pada awalnya pembinaan masjid ini berasaskan tanah. Oleh hal yang demikian, masjid tersebut dikenali sebagai Masjid Tanah. Masjid ini pernah menjadi tempat sembahyang bagi orang-orang dari Kampung Tengah, Kampung Durian Daun dan beberapa kampung lain sebelum kewujudan masjid-masjid di setiap kampung di kawasan Masjid Tanah. Pada tahun 1951 masjid ini telah diubahsuai. Antara kerja-kerja yang dilakukan ialah memperbaiki tapak dan menggantikan atapnya. Masjid ini hanya dijadikan sebagai tempat persinggahan sahaja setelah masjid baru Masjid Tanah siap dibina. Masjid Tanah suatu ketika dahulu adalah sebuah pekan hab-perdagangan yang dibawa daripada Kota Melaka ke daerah-daerah sekitar utara Negeri Melaka dan Alor Gajah dan juga sebaliknya. Masjid Tanah dihuni pelbagai lapisan masyarakat yang penduduk utamanya adalah berbangsa Melayu. Disebabkan lokasinya yang berda didalam daerah Alor Gajah dan berdekatan dengan sempadan Negeri Sembilan, sebilangan besar dari penduduk Masjid Tanah dan kampung-kampung sekelilingnya bertutur dalam loghat Negeri Sembilan atau loghat Minang, atau lebih dikenali oleh orang Masjid Tanah dengan loghat 'Hulu' atau 'Cakap Hulu'. Adat Perpatih juga diamalkan oleh mereka dengan mengunakan sistem 'Suku' atau 'Waris', namun akibat peredaran zaman, adat ini makin lama semakin ditinggalkan. Tradisi 'Berkampung' yang merapatkan silaturrahim antara saudara-mara yang muda dan yang tua dan membuat perancangan untuk bekerja secara gotong royong sebelum sesuatu majlis yang besar diadakan seperti perkahwinan, telah mula ditinggalkan. Ini mungkin berlaku setelah golongan muda telah lupa akan pentingnya majlis ini dan semangat gotong royong telah diganti dengan sistem katering. Tanah-tanah pusaka juga dilihat tidak lagi diwariskan secara adat dimana anak-anak perempuan diutamakan.

         Terdapat beberapa bangunan kedai yang dibina sekitar tahun 1930-an. Bagi penduduk asal dan anak-anak Masjid Tanah yang asal. Pekan Masjid Tanah dipanggil 'SIMPANG'merujuk kepada pekan asal yang mempunyai 3 simpang (simpang tiga di hadapan Jam Besar Masjid Tanah). Antara kampung di sekitar pekan ini adalah Kg. Lekok, Kg. Paya Rumput, Kg. Jeram, Kg. Pulau, Kg. Ayer Limau, Kg. Durian Daun, Kg. Londang, Kg. Solok Duku, Kg. Seri Tanjung, Kg. Pulau Semut dan lain-lain lagi. Terdapat beberapa sekolah rendah dan sekolah menengah yang terletak di pekan ini, antaranya ialah Sek. Men. Kebangsaan Hang Kasturi, Sekolah Kebangsaan Bukit Beringin, Sek. Ren. Sri Laksamana, Sek. Kebangsaan Kluster Ghafar Baba dan Sek. Men. Sultan Alauddin (dahulunya Sek. Men. Masjid Tanah), dan sekolah rendah yang tertua adalah Sekolah Kebangsaan Masjid Tanah atau lebih dikenali oleh orang lama sebagai 'Sekolah Melayu' yang dibina sebelum Perang Dunia Kedua. Sekolah Rendah Datuk Tambichik Karim pula di panggil Sekolah Orang Puteh, berdasarkan nama lamanya Masjid Tanah English School. Pekan Masjid Tanah juga terdapat sebuah sekolah aliran cina, iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Masjid Tanah.

         Pada masa ini, banyak projek perumahan dibina kerana Masjid Tanah semakin pesat membangun. Ada antara penduduknya yang bekerja di Bandaraya Melaka yang jaraknya hampir 40 km. Disamping institusi-institusi pendidikan yang sudah tentunya menggunakan tenaga kerja yang datang dari segenap pelosok negara Malaysia. Berhampiran Masjid Tanah juga terdapat kem-kem tentera yang mana anggota tentera dan keluarga mereka turut tinggal disekitar Masjid Tanah. Kem-kem tentera yang dimaksudkan adalah Kem Masjid Tanah (dikenali oleh orang kampung sebagai Kem Peluru atau Gudang Peluru), Kem Terendak dan Kem Sungai Udang (Kem Komando).

Manakala dari segi kemudahan kesihatan, terdapat Klinik Kesihatan Masjid Tanah dan juga Hospital ATM Kem Terendak (94 HAT). Masjid Tanah juga adalah sebuah kawasan Parlimen yang diwakili oleh wakil Barisan Nasional sejak dahulu lagi. Di pekan Masjid Tanah aktiviti ekonomi berjalan dengan rancak dibuktikan dengan pembinaan rumah kedai yang baru. Prasarana lengkap telah sedia ada di pekan kecil ini. Terdapat banyak juga institusi pendidikan yang berada dikawasan Masjid Tanah seperti UiTM Melaka di Lendu, Kolej Matrikulasi Melaka di Londang, IKBN di Ramuan China, Kolej Kemahiran Tinggi Mara di Air Molek, Akademi Laut Malaysia (ALAM) di Kuala Linggi, Kolej Komuniti di Paya Rumput dan MRSM Alor Gajah di Ayer Paabas.

          Sebelum pilihanraya umum tahun 2004, Masjid Tanah terletak dibawah kawasan Parlimen Alor Gajah. Bermula dari tahun 2004 Parlimen Masjid Tanah telah diwujudkan. Terdapat 5 DUN dibawah Parlimen Masjid Tanah iaitu DUN Tanjung Bidara, DUN Air Limau, Dun Lendu, DUN Taboh Naning dan DUN Kuala Linggi.