BELAJAR ASAS KOMPUTER, INTERNET DAN MENAIP

 Nama  : Nur Amirah binti Baharim    
 Umur : 11 Tahun
 Ahli : 2015

 

Latar Belakang

Amirah merupakan pelajar tahun 5 SK Tambichik Karim. Mengikuti kelas dan pembelajaran komputer semenjak darjah 4 setiap hujung minggu ( sabtu & ahad )

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dalam program di PI Kg Pulau Semut, beliau hanya menggunakan komputer untuk perkara asas seperti melayari internet untuk bermain permainan "online game" dan melihat youtube sahaja. Akan menggunakan komputer untuk membuat kerja sekolah seperti folio,fotostat dan mencari gambar - gambar untuk di cetak.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan dan pembelajaran, beliau boleh memahami setiap arahan latihan menaip yang diberikan dan tahu menggunakan perisian MS Office seperti MS Word, Power Point dan Excel (asas). Sangat bersemangat semasa membuat latihan yang diberikan. Boleh menggunakan access Internet untuk mencari gambar dan maklumat untuk rujukan kerja sekolah. Mampu menyimpan koleksi data latihan yang diberikan dengan teratur.

 

 

 

USAHAWAN KATERING  

 Nama  : Kasemah Binti Abu Manap
 Umur  : 66 tahun
 Ahli  : 2017

 

Latar Belakang

Puan Kasemah bermula dengan menjual kuih - muih di gerai dan menjalankan bisnes katering secara kecil - kecilan bermula dari rumah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dalamm program di PI Kg Pulau Semut, beliau hanya menerima tempahan katering banyak melalui rakan - rakan dan sanak saudara.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh PI, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk katering dengan lebih meluas lagi. Kebanyakan aktiviti katering banyak dibantu dan dikendalikan oleh anak perempuan beliau. Segala persediaan dan perancangan katering akan di update sebelum dan semasa majlis oleh Puan Kasemah itu sendiri.

 

17360719 1357671460957988 1195103866 n 17392763 1357669020958232 1695198772 n

 

USAHAWAN AL - HUSNA (SAMBAL BELACAN & UBAT RESDUNG)

 Nama  : Fatimah Zaharah Binti Hashim
 Umur  : 48 tahun
 Ahli  : 2016

 

Latar Belakang

Puan Fatimah bermula perniagaan secar kecil - kecilan di rumah dan mula berkembang dengan membuka restoran di Bandar Hilir Melaka di atas nama Restoran Ikan Bakar D'muara dan Restoran Ikan Bakar & Seafood Seri Permata dari tahun 2009 hingga Dec 2015. Perniagaan telah ditutup operasinya di atas sebab - sebab ekonomi dan masalah kesihatan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dalam program di PI Kg  Pulau Semut, beliau hanya bergantung pada pendapatan suami. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 - RM1000 sahaja sebulan. Pendapatan adalah berdasarkan perniagaan car boot sale yang dibuat hanya untuk hujung minggu sahaja. Hanya berniaga kecil - kecilan mmenerima tempahan daripada komuniti setempat.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh PI, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk dan makanan beliau dengan lebih meluas lagi. Mendapat tempahan kecil - kecilan untuk jamuan dan goodies. Beliau juga mula berjinak - jinak menggunakan whatsapp untuk berkongsi maklumat tentang perkhidmatan jualan produk dan perkhidmatan rawatan resdung. Terbaru Puan Zaharah menambah satu lagi perkhidmatan baru iaitu rendaman kaki berasaskan garam bukit. Kini permohonan kertas kerja bantuan kewangan dan peralatan daripada pihak RISDA telah mendapat kelulusan dan dalam proses penghantaran barangan bantuan perniagaan. Selain itu, beliau juga ada mengikuti roadtour perubatan alternatif dan memberikan perkhidmatan rawatan resdung dan rendaman air garam untuk kaki. Kini Puan Zaharah telah membuka kedai makan kecil - kecilan dan beroperasi dari 10.00 pagi sehingga 10.00 malam.

              

edited ubat resdung

WhatsApp Image 2017 09 15 at 5.19.29 PM 1