Desa Balqis merupakan resort yang bertemakan rumah tradisional kampung, setiap rumah - rumah disini mempunyai namanya tersendiri dan rumah - rumah ini juga sangat unik. Hiasan dan rekabentuk yang unik sentiasa mendapat tumpuan para pelancong untuk menginap disini. Bertempat di Jalan Kuala Sungai Baru, Kuala Linggi, Desa Balqis ini sesuai dijadikan tempat percutian bersama keluarga kerana mempunyai pemandangan serta suasana yang indah dan nyaman.

 

 

 

 Rumah Tradisional Melayu Londang

 

 

 

Rumah Tradisional Melayu ini terletak di Kampung Seri Tanjung, Masjid Tanah .Kampung ini telah menjadi juara 2 kali Kampung Tercantik Peringkat Kebangsaan. Kampung ini terdapat banyak rumah tradisional yang mempunyai atap yang sangat unik, pemandangan, kawasan halaman rumah yang bersih dan tersusun cantik. 

 

Di sini juga terdapat kem-kem tentera yang mana anggota tentera dan keluarga mereka turut tinggal disekitar Masjid Tanah. Kem-kem tentera yang dimaksudkan adalah Kem Masjid Tanah (dikenali oleh orang kampung sebagai Kem Peluru atau Gudang Peluru), Kem Terendak dan Kem Sungai Udang (Kem Komando). Terdapat banyak juga institusi pendidikan yang berada dikawasan Masjid Tanah seperti UiTM Melaka di Lendu, Kolej Matrikulasi Melaka di Londang, IKBN di Ramuan China, Kolej Kemahiran Tinggi Mara di Air Molek, Akademi Laut Malaysia (ALAM) di Kuala Linggi, Kolej Komuniti di Paya Rumput dan MRSM Alor Gajah di Ayer Paabas.

 

Masjid Tanah suatu ketika dahulu dikenali sebagai sebuah pekan kecil, kini Masjid Tanah telah bertukar menjadi sebuah bandar di dalam daerah Alor Gajah yang terletak di utara Negeri Melaka. Asal usul nama Masjid Tanah ini adalah bersempena dengan kewujudan masjid yang terletak di tengah-tengah pekan yang terdiri daripada tanah dan di tepian sungai. Pada zaman itu, Masjid Tanah dikenali sebagai pekan hab-perdagangan yang dibawa dari Kota Melaka ke daerah-daerah sekitar utara Negeri Melaka. Masjid Tanah terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat yang penduduk utamanya adalah berbangsa melayu. Disebabkan kedudukannya yang terletak didalam Daerah Alor Gajah dan berdekatan dengan sempadan Negeri Sembilan, sebilangan besar dari penduduk Masjid Tanah bertutur dengan loghat Negeri Sembilan atau dikenali loghat Minang.

 

   

1. Pantai Tanjung Bidara

Pantai Tanjung Bidara yang terletak berdekatan Kem Terendak dan hanya 10 minit perjalanan dari bandar Masjid Tanah merupakan pantai perkelahan yang terkenal di kalangan pelancong.Keadaan pantainya yang landai menghadap Selat Melaka menjadi persaingan utama pantai di Port Dickson yang terletak kira-kira 70 kilometer dari Masjid Tanah.Pantai kegemaran ramai itu turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti tempat letak kereta, padang permainan kanak-kanak, surau, medan selera, tandas awam dan bilik mandi untuk keselesaan para pengunjungnya.Pantai Pengkalan Balak dan Padang Kemunting turut menjadikan DUN Tanjung Bidara perhatian pengunjung luar setiap cuti hujung minggu dan cuti umum.Pesisir pantainya yang luas di samping keindahan dan keunikan kampung-kampung nelayan menjadikan suasana persekitarannya amat damai dan permai.Menara Kawalan Pantai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) turut terdapat di sini bagi membantu orang ramai yang mengalami kecemasan sewaktu mandi di Pantai Tanjung Bidara dan Pengkalan Balak.Sehubungan itu, Pantai Tanjung Bidara, Pantai Padang Kemunting dan Pantai Pengkalan Balak merupakan khazanah alam yang terus dipelihara dengan baik.Tidak kurang daripada 15 resort dan calet terdapat di tiga lokasi tumpuan pelancong itu termasuk penginapan persendirian yang diusahakan penduduk tempatan di sepanjang pantai tersebut.Tarikan tiga lokasi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara itu sebenarnya memberi rahmat kepada penduduk tempatan meraih rezeki tambahan.Selain mengusahakan calet persendirian, ada pula membuka gerai makanan.

DOT Malaysia Tanjung Bidara 1 tanjungbidaraplayground

2.Pantai Pengkalan Balak

Pantai Pengkalan Balak merupakan kesinambungan dari Pantai Tanjung Bidara. Pesisir pantainya yang luas ditambah dengan keindahan dan keunikan kampung-kampung nelayan menjadikan suasana persekitarannya amat damai dan permai.
Pantai yang popular dengan pelbagai bentuk chalet persendirian ini memberikan peluang kepada pengunjung dan pelancong untuk menginap dan menikmati suasananya yang permai pada sebelah malam. Para Pengunjung juga berpeluang menyaksikan kegirangan nelayan-nelayan yang pulang membawa hasil laut menjelang senja hari. Pengkalan Balak merupakan sebuah pantai yang terkenal bagi Negeri Melaka. Ianya terletak berdekatan dengan kem tentera, Kem Terendak. Pusat Bandar yang paling hampir ialah Bandar Masjid Tanah hanya terletak kira-kira 10km sahaja dari pantai tersebut.Penempatan ini terdiri daripada 11 buah kampung tradisional dengan kebanyakan penduduknya bekerja sebagai petani dan nelayan.

pengkalan balak beach a249e446 9692 4a1a a428 577567456ef9
7236e715 2197 4cb3 b84b c3d7fbe42065 8042336014 78466dd949