1. Pantai Tanjung Bidara
Pantai Tanjung Bidara yang terletak berdekatan Kem Terendak dan hanya 10 minit perjalanan dari bandar Masjid Tanah merupakan pantai perkelahan yang terkenal di kalangan pelancong.Keadaan pantainya yang landai menghadap Selat Melaka menjadi persaingan utama pantai di Port Dickson yang terletak kira-kira 70 kilometer dari Masjid Tanah.Pantai kegemaran ramai itu turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti tempat letak kereta, padang permainan kanak-kanak, surau, medan selera, tandas awam dan bilik mandi untuk keselesaan para pengunjungnya.Pantai Pengkalan Balak dan Padang Kemunting turut menjadikan DUN Tanjung Bidara perhatian pengunjung luar setiap cuti hujung minggu dan cuti umum.Pesisir pantainya yang luas di samping keindahan dan keunikan kampung-kampung nelayan menjadikan suasana persekitarannya amat damai dan permai.Menara Kawalan Pantai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) turut terdapat di sini bagi membantu orang ramai yang mengalami kecemasan sewaktu mandi di Pantai Tanjung Bidara dan Pengkalan Balak.Sehubungan itu, Pantai Tanjung Bidara, Pantai Padang Kemunting dan Pantai Pengkalan Balak merupakan khazanah alam yang terus dipelihara dengan baik.Tidak kurang daripada 15 resort dan calet terdapat di tiga lokasi tumpuan pelancong itu termasuk penginapan persendirian yang diusahakan penduduk tempatan di sepanjang pantai tersebut.Tarikan tiga lokasi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara itu sebenarnya memberi rahmat kepada penduduk tempatan meraih rezeki tambahan.Selain mengusahakan calet persendirian, ada pula membuka gerai makanan.
2.Pantai Pengkalan Balak
Pantai Pengkalan Balak merupakan kesinambungan dari Pantai Tanjung Bidara. Pesisir pantainya yang luas ditambah dengan keindahan dan keunikan kampung-kampung nelayan menjadikan suasana persekitarannya amat damai dan permai.
Pantai yang popular dengan pelbagai bentuk chalet persendirian ini memberikan peluang kepada pengunjung dan pelancong untuk menginap dan menikmati suasananya yang permai pada sebelah malam. Para Pengunjung juga berpeluang menyaksikan kegirangan nelayan-nelayan yang pulang membawa hasil laut menjelang senja hari. Pengkalan Balak merupakan sebuah pantai yang terkenal bagi Negeri Melaka. Ianya terletak berdekatan dengan kem tentera, Kem Terendak. Pusat Bandar yang paling hampir ialah Bandar Masjid Tanah hanya terletak kira-kira 10km sahaja dari pantai tersebut.Penempatan ini terdiri daripada 11 buah kampung tradisional dengan kebanyakan penduduknya bekerja sebagai petani dan nelayan.