Para belia Kampung Pulau Semut telah bersepakat dan bersetuju menubuhkan Kelab Belia Kampung Pulau Semut bagi melahirkan generasi belia yang sentiasa cergas dan cerdas. Selain itu, penubuhan Kelab Belia Kampung Pulau Semut adalah bagi menyahut seruan kerajaan “Belia Harapan Bangsa”.

Mesyuarat bagi penubuhan Kelab Belia Kampung Pulau Semut ini telah diadakan pada 21 Mac 2009, pada pukul 9.30 malam dan bertempat di Balai raya Kampung Pulau Semut. Antara minit mesyuarat yang dibincangkan ialah pembubaran ahli jawatankuasa kelab lama, perlantikan AJK Kelab (tetap) iaitu Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan Ahli Jawatankuasa (AJK), pembentangan cadangan dan aktiviti, penetapan bayaran yuran keahlian serta perbincangan agenda yang tertangguh.