204222836 2957723581184161 8822259630616098162 n crop

Lebih dari 80% meninggal sebab C19 mempunyai komorbid - kata YBMK. Komorbid seperti penyakit tidak berjangkit adalah darah tinggi, obes, kencing manis, perokok dsb.

Mereka yang mempunyai komorbid berisiko untuk mendapat komplikasi teruk atau kematian akibat C19. Lebih-lebih lagi kadar obesiti kita adalah antara tertinggi di dunia yang sememangnya sejenis wabak yang tidak disebut oleh orang ramai.

Kita tahu, vaksn C19 yang ada sekarang berfungsi mencegah C19 menjadi lebih parah atau kematian. Jadi pada mereka yang masih menunggu untuk divaksinkan, bolehlah mengambil pendekatan vaksin secara alami. Ia juga boleh digunapakai kepada mereka yang telah divaksinkan juga.

Sudah tiba masanya untuk kita tamatkan piala obesiti/penyakit berjangkit dunia yang kita dapat setiap tahun berturut-turut. Vaksin perubatan + vaksin alami senjata untuk menamatkan kedua-dua pandemik ini.