348571421 1342281983000152 2503823212675492750 n

Penularan penyakit HFMD semakin membimbangkan dan mencatat peningkatan.

Pastikan ibu bapa sentiasa peka dengan keadaan kanak-kanak dan

terus mengamalkan langkah-langkah pencegahan yang disarankan oleh KKM.

Gunakan Pengesan Penyakit Berjangkit dalam aplikasi MySejahtera

bagi mengenal pasti kes-kes aktif disekeliling anda.

 

348444229 701449045117449 9037195257723882106 n

🧳🧳 Sempena musim haji yang bakal menjelang tidak lama lagi, ramai jemaah haji akan berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah tersebut.

Jemaah haji terutamanya warga emas lazimnya akan membawa ubat-ubatan ke Tanah Suci.

Ubat-ubatan perlu disimpan dengan betul sepanjang perjalanan ke Tanah Suci bagi memudahkan pengambilannya seperti yang diarahkan oleh doktor atau ahli farmasi.

Oleh itu, jemaah haji disarankan untuk mengikuti panduan pengurusan ubat-ubatan dalam perjalanan ke Tanah Suci untuk memastikan masa pengambilan ubat dipatuhi 

316411204 515762203919121 170761219974706858 n

🔥Burnout adalah sindrom yang disebabkan oleh stres di tempat kerja

yang kronik dan tidak ditangani dengan baik.

Terdapat tiga gejala anda mungkin mengalami burnout iaitu:

�1. Perasaan keletihan yang melampau dan tidak berupaya
2. Perasaan negatif terhadap kerja yang dilakukan
3. Penurunan tahap kualiti kerja

Dikongsikan tip yang anda boleh amalkan untuk mengatasi burnout.

❤️Anda telah lakukan yang terbaik, hargai dirimu!

325468911 4398999270319490 8116954178159449767 n

Pada Minggu Epidemiologi ke-2 tahun 2023, jumlah kes demam denggi yang dilaporkan adalah sebanyak 2,520 kes berbanding 2,219 kes pada minggu sebelumnya, iaitu peningkatan sebanyak 301 kes (13.6%).

Satu kematian akibat komplikasi demam denggi juga dilaporkan pada ME 2/ 2023.

Layari laman sesawang https://idengue.mysa.gov.my/ untuk maklumat lanjut dan informasi terkini berkenaan denggi.

Musnahkan tempat pembiakan Aedes. Tiada Aedes, tiada denggi.

 

296590344 429951302500212 3745574410645348428 n

Wabak yang disebabkan virus influenza bermusim akan menyebabkan demam selsema yang ringan pada kebanyakan individu.

Namun, ia boleh menyebabkan jangkitan yang teruk kepada kumpulan berisiko tinggi seperti:

▶️ kanak-kanak
▶️ warga tua
▶️ wanita mengandung
▶️ mereka yang mempunyai penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, lelah dan sebagainya.

Komplikasi akibat jangkitan influenza teruk yang dialami oleh golongan berisiko tinggi ini juga berpotensi untuk menyebabkan kematian.Bagi mereka yang mempunyai gejala jangkitan influenza, segera dapatkan rawatan lanjut sekiranya gejala bertambah teruk