204222836 2957723581184161 8822259630616098162 n crop

Lebih dari 80% meninggal sebab C19 mempunyai komorbid - kata YBMK. Komorbid seperti penyakit tidak berjangkit adalah darah tinggi, obes, kencing manis, perokok dsb.

Mereka yang mempunyai komorbid berisiko untuk mendapat komplikasi teruk atau kematian akibat C19. Lebih-lebih lagi kadar obesiti kita adalah antara tertinggi di dunia yang sememangnya sejenis wabak yang tidak disebut oleh orang ramai.

Kita tahu, vaksn C19 yang ada sekarang berfungsi mencegah C19 menjadi lebih parah atau kematian. Jadi pada mereka yang masih menunggu untuk divaksinkan, bolehlah mengambil pendekatan vaksin secara alami. Ia juga boleh digunapakai kepada mereka yang telah divaksinkan juga.

Sudah tiba masanya untuk kita tamatkan piala obesiti/penyakit berjangkit dunia yang kita dapat setiap tahun berturut-turut. Vaksin perubatan + vaksin alami senjata untuk menamatkan kedua-dua pandemik ini.

186510064 2936357669987419 1458690053287604480 n

Sudahlah berjaya merentas negeri atas pelbagai alasan, kemudian mereka berhimpun pula beramai ramai semasa aidilfitri bersama sanak saudara di kampung🤦🏻‍♂️
.
Ini adalah antara jalan cerita perebakan kluster terkini di Malaysia. Cukup menyakitkan hati melihat kes sebegini masih berlaku disaat kes jangkitan berada di puncak.

Majoriti rakyat Malaysia memang patuh dengan larangan merentas negeri dan berkorban dengan tidak beraya di kampung. Hanya kerana nila setitik begini menyebabkan setempayan perlu menanggung kerosakan

175060748 2914411445515375 5582649718751392134 n 1

"Bulan puasa kali ini cukup mencabar. Jam baru 11 pagi. Perut terasa sangat pedih. Kadangkala, terasa asid

tiba-tiba naik ke tekak. Tekak pula terasa pedih."

Anda alami perkara ini? Anda mungkin ada penyakit gastrik dan gerd.

Dalam Islam, memang Rasulullah sudah mengajar cara nak mengelaknya. Sains membuktikan, teknik ini

boleh membantu kita menghadapi gastrik sewaktu ramadhan. Kami ringkaskan tips ini dalam bentuk infografik.

Semoga berkesan untuk anda."Bulan puasa kali ini cukup mencabar. Jam baru 11 pagi. Perut terasa sangat pedih.

Kadangkala, terasa asid tiba-tiba naik ke tekak. Tekak pula terasa pedih."

Anda alami perkara ini? Anda mungkin ada penyakit gastrik dan gerd.

Dalam Islam, memang Rasulullah sudah mengajar cara nak mengelaknya. Sains membuktikan, teknik ini boleh

membantu kita menghadapi gastrik sewaktu ramadhan. Kami ringkaskan tips ini dalam bentuk infografik.

Semoga berkesan untuk anda.

171916066 2917651918524661 8570029780249928353 n

Bukan mudah bagi seseorang individu yang menghidap masalah Bipolar Disorder. Perubahan mood yang ketara antara mania dan murung menyebabkan individu yang alami masalah ini sering di pandang serong.

Kitaran emosi bipolar boleh berlaku dengan mendadak dan ekstreme. Hal ini boleh menganggu kitaran tidur, tenaga, kebolehan membuat keputusan, tingkahlaku dan pemikiran.

Dari luaran, pesakit kelihatan normal dan mungkin tidak menampakkan ciri ciri yang jelas. Hakikatnya, penderitaan yang mereka alami sangat sukar dan mencabar

hfmd poster

Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak - kanak di premis tempat tumpuan mmereka seperti taska dan tadika. Bilangan kes HFMD dijangka akan terus meningkat kerana kesedaran dak keprihatinan ibubapa yang membawa anak yang mengalami gejala HFMD berjumpa pengamal perubatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. Ini menyebabkan peningkatan kes kerana HFMD adalah penyakit yang perlu dinotifikasikan kepada pihak kesihatan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Bagi tahun 2018, sehingga hari ini tiada kematian disebabkan HFMD atau enterovirus 71 (EV71) dilaporkan di Malaysia. 

 

Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:

 1.  Tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan; 
 2. Bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.
 3. Sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh/ merawat lepuh;
 4. Membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks;
 5. Memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul; dan
 6. Membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas.