Dapatkan panduan yang betul apabila mencuci tangan.
Mencuci tangan dengan cara yang betul adalah salah satu daripada usaha kita
untuk mengelak daripada terkena jangkitan COVID-19.
Jika anda ditawarkan dengan Jus Kesihatan dengan pelbagai manfaat kesihatan dan mendakwa mampu menjadi penawar kepada pelbagai masalah kesihatan, sila berhati hati kerana ia mungkin produk yang mengandungi steroid.
Steroid mempunyai sifat anti radang yang mampu memberi kesan SEGERA dan pantas. Anda mungkin rasa lebih bertenaga, hilang kesakitan sendi dan rasa lebih sihat selepas minum. Namun kesan jangka panjang pengambilan produk mengandungi steroid lebih membimbangkan.
Penggunaan nama islamik, label makanan sunnah, gambar Pak Haji adalah bertujuan untuk mempengaruhi pembeli dari golongan kumpulan sasaran - Warga tua dikalangan muslimin dan muslimat.
Contoh kes pembongkaran produk Jus Al Sunnah, Jus Al Sunnah Gold dan Jus Penawar telah membuktikan , produk seperti ini BUKAN dihasilkan oleh usahawan muslim. Tetapi mereka bijak menggunakan nama islamik untuk memperdayakan masyarakat.
Semua vaksin yang diluluskan untuk penggunaan di Malaysia adalah selamat dan berkesan. Vaksin yang paling bagus adalah vaksin paling awal yang ditawarkan kepada anda. Pengambilan vaksin untuk melindungi komuniti daripada penyakit COVID-19 yang teruk adalah prioriti sekarang.
Sukacita dimaklumkan penggunaan vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech telah diluluskan kepada golongan yang berumur 12 tahun dan ke atas.
Comirnaty, sebelum ini diluluskan pendaftaran bersyarat pada 8 Januari 2021, digunakan bagi tujuan imunisasi aktif kepada individu yang berusia 18 tahun dan ke atas.
Walaupun tambahan indikasi ini telah diluluskan, KKM berpandangan keutamaan pemberian vaksin masih lagi kepada kumpulan berisiko tinggi selaras dengan dasar sedia ada yang ditetapkan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
KKM ingin memaklumkan bahawa kelulusan pendaftaran bersyarat ini memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin tersebut dipantau dan dinilai berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa. Ia bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko
(benefit over risk) bagi produk-produk vaksin tersebut kekal positif