Setiap tahun, 14 Jun diisytiharkan sebagai Hari Penderma Darah Sedunia oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia.
Ini bagi menggalakkan masyarakat menderma darah untuk menyelamatkan mereka yang memerlukan.
Tema tahun ini adalah ‘Derma Darah, Kukuhkan Perpaduan’
Terima kasih penderma darah.
Penderma darah merupakan wira kepada semua kerana beg darah yang didermakan mampu menyelamatkan nyawa
Kanser kolorektal atau kanser usus merupakan kanser yang kedua paling kerap berlaku di Malaysia selepas kanser payudara.
Kanser ini biasanya menyerang golongan berusia 50 tahun dan ke atas tetapi ini tidak bermakna golongan muda tidak berisiko untuk menghidapnya.
Faktor risiko utama kepada kejadian kanser kolorektal adalah faktor genetik, faktor diet pemakanan dan faktor sejarah keradangan usus.
Amalkan gaya hidup sihat dan hindari tabiat merokok bagi mengurangkan risiko penyakit ini
Benarkah memakai cermin mata hitam dapat mencegah penyebaran kuman punca Conjuctivitis?
Memakai cermin mata hitam bagi pesakit mungkin bermanfaat untuk melindungi dari cahaya terang yang boleh menyebabkan mata bertambah sakit dan berair
Tetapi ia TIDAK mencegah dari penyebaran kuman tersebut.
Jika anda terpandang mata pesakit yang kemerahan, anda TIDAK akan dijangkiti.
Paling penting, jaga kebersihan. Jangan gunakan tuala yang sama untuk mengesat mata. Ia akan menjadi “sarang” bagi kuman.
1. Periksa lorong belakang rumah anda dan buang segala bekas berpotensi menakung air
2. Periksa palong air hujan dan pastikan ia tidak tersumbat.
3. Gembur tanah yang keras di pasu kerana ia dapat menjadi tempat Aedes bertelur.
‘Tiada Aedes, tiada Denggi dan Chikungunya
Bencana banjir menyebabkan lebih daripada kerosakan harta benda. Ia juga boleh menyebabkan gangguan emosi.
Ketahui tips dalam menangani ketidakstabilan emosi semasa bencana. Jika anda berasa bimbang,
berkomunikasilah dengan seseorang yang anda percayai.
Anda juga boleh mendapatkan bantuan di Talian Sokongan Psikososial KKM-Mercy Malaysia.
Untuk mengetahui sokongan psikososial terdekat yang tersedia untuk anda, anda juga boleh mengimbas kod QR dibawah.
Banyak Cara untuk Bertindak balas, Banyak juga Cara untuk Mengatasi.
‘Jangan simpan ketakutan dan ketidakstabilan emosi anda kepada diri sendiri